Monday, August 31, 2009

Larangan dan Kebolehan Menyebut Julukan Orang.

1. Larangan
Allah SWT. berfirman:
...Janganlah kamu saling menjuluki dengan julukan yang buruk...” (QS. Al-Hujurat: 11)

Para ulama telah sepakat atas pengharaman menjuluki orang dengan julukan yang tidak disenanginya, baik hal itu adalah sifatnya, seperti si buta, si pincang, si mata satu, si belang, si koneng, Si kuning, si bungkuk, di tuli, si biru, si pesek, si sumbing, si buntung, si lumpuh dan sebagainya, atau merupakan sifat bapaknya, ibunya atau selain itu yang tidak disukai.

Para ulama juga sepakat atas bolehnya menyebutnya sebagai pengenalan bagi orang yang tidak boleh mengenalnya melainkan dengan cara itu.

2. Yang dibenarkan
Di antaranya Abu Bakar As-Siddiq ra. Namanya Abdullah bin Usman, julukannya Atiq. Inilah yang sahih yang disepakati oleh sebagian besar ulama, para ahli hadis dan ahli sejarah.

Ada yang mengatakan namanya Atiq, seperti diceritakan oleh Al-Hafidh Abu Al-Qasim Ibnu Asakir dalam kitabnya Al-Atraf. Yang tepat adalah yang pertama dan para ulama sepakat bahwa itu adalah julukan yang baik.

Mereka berselisih pendapat tentang sebab penamaannya dengan nama Atiq. Diriwayatkan dari Aisyah, bahwa Rasulullah saw. bersabda: ‘Abu Bakar adalah orang yang dibebaskan Allah dari api neraka.’ Ia (Aisyah) berkata: ‘Maka, sejak itu ia dinamai Atiq.’

Mush’ab Ibnu Zubair dan ahli nasab lainnya berkata: Ia dinamai Atiq, kerana dalam nasab-nya tidak terdapat sesuatu yang patut dicela dan ada yang mengatakan selain itu.’

Juga Abu Turab, sebagai julukan bagi Ali bin Abi Thalib ra. Julukan lainnya adalah Abu al-Hasan.

Disebutkan dalam hadis yang sahih bahwa Rasulullah saw. mendapati Ali sedang tidur di masjid dan badanya berlumuran tanah. Maka beliau bersabda: ‘Bangunlah hai Aba Turab (Bapak Tanah), bangunlah hai Aba Turab.’ Dengan demikian, tetaplah julukan yang baik dan bagus ini padanya.

Julukan bagi Orang yang Tidak Punya Anak

Diriwayatkan dalam Sunan Abu Daud dan lainnya, dari Aisyah ra. yang berkata: ‘Ya Rasulullah, teman-temanku semua punya julukan.’ Beliau bersabda: ‘Pakailah julukan anakmu (keponakanmu), Abdullah.’ Yang dimaksud adalah Abdullah bin Zubair, iaitu putra saudaranya, Asma’ binti Abu Bakar dan Aisyah dijuluki Ummu Abdullah (Ibu si Abdullah). Inilah yang sahih.

Adapun yang diriwayatkan dalam kitab Ibnu Sunni, dari Aisyah ra. yang berkata: ‘Aku mengalami keguguran, maka Nabi saw. menamainya Abdullah dan menjuluki aku dengan Ummu Abdullah.’ Maka ini adalah hadis yang dhaif .

Larangan Memakai julukan Abu Al-Qasim

Diriwayatkan dalam Sahih Bukhari dan Muslim, dari sekelompok sahabat, di antaranya Jabir dan Abu Hurainah ra., bahwa Rasulullah saw. bersabda:
“Namailah (anak-anakmu) dengan namaku dan janganlah menjuluki mereka dengan julukanku.”

Para ulama berselisih pendapat mengenai julukan dengan Abu Al-Qasim atas tiga pendapat. Imam Syafii ra. berpendapat bahwa tidak halal bagi seseorang memakai julukan Abu Al-Qasim, baik namanya Muhammad atau bukan. Di antara yang meriwayatkan dari As-Syafii adalah para imam ahli hafal yang patut dipercaya, para fuqaha dan ahli hadis, yaitu: Abu Bakar Al-Baihaqi, Abu Muhammad A1-Baghawi pada kitabnya At-Tahdzib dalam permulaan kitab Nikah dan Abu Al-Qasim Ibnu Asakir dalam Tarikh Damsyik.

Mazhab kedua adalah mazhab Malik ra., bahwasanya boleh memakai julukan Abu al-Qasim bagi yang bernama Muhammad dan bagi lainnya. Larangan itu khusus berlaku dimasa kehidupan Rasulullah saw.

Mazhab ketiga adalah, tidak dibolehkan bagi yang namanya Muhammad dan dibolehkan bagi yang lain.

Imam Abu Al-Qasim Ar-Rafii berkata: Nampaknya mazhab ketiga ini lebih tepat, karena orang-orang tetap memakai julukan ini dari seluruh masa, tanpa ada pengingkaran. Pendapat yang disebutkan oleh yang empunya mazhab ini merupakan penyalahan yang jelas terhadap hadis itu.

Adapun kesempatan orang-orang yang melakukannya, padahal yang memakai julukan itu adalah imam-imam ternama dan tokoh-tokoh utama, sedang mereka itu dijadikan teladan dalam urusan-urusan agama yang penting, maka hal itu menguatkan mazhab Malik mengenai kebolehannya secara mutlak dan mereka telah memahami dan kehidupan itu pengkhususannya pada masa kehidupan Rasulullah saw., sebagaimana yang tersohor berupa sebab larangan itu dalam penjulukan orang Yahudi dengan Abu Al-Qasim dan pemanggilan mereka, hai Aba Al-Qasim, untuk mengganggu Rasululluh saw., sedang makna ini telah lenyap.

Dari sumber mana orang Arab menamakan anak mereka

Ada pelbagai sumber yang menjadi asas orang-orang Arab memberi nama kepada anak-anak mereka. Iaitu mengambil sempena sesuatu. Mereka tidak akan memberi nama melainkan jika disebalik nama itu mempunyai makna.

Berikut ini disenaraikan antara sumber-sumber yang diamalkan oleh mereka dalam menamakan anak:

1. Sumber keagamaan: Agama telah begitu mendarah daging dalam diri manusia. Atas asas ini maka mereka ingin menzahirkannya melalui pemberian nama. Banyak nama-nama arab yang berteraskan keagamaan. Penganut Islam, contoh: Abdullah, Abdur Rahman, Tajuddin, Ahmad dan Muhammad.

Manakala penganut Kristian pula memberi nama: Ya'kub, Buthrus, Paulus dsbnya.

Para penyembah berhala pada zaman jahiliah memberi nama Abdul Uzza, Abdu Manah dan Abdul Laata, yang merupakan nama-nama yang cukup tersebar pada zaman jahiliah. Alhamdulillah, sekarang ini nama-nama berkenaan telahpun pupus. Tiada yang berhak disembah melainkan Allah Taala.

2. Bersumberkan nama-nama binatang: Terdapat berpuluh-puluh kabilah Arab yang menamakan kabilah mereka dengan nama binatang. Contoh: Kalb, kulaib, asad, fahd, yarbu', tsa'lab, namir, hishan, athrah dsbnya. Penamaan ini adakalanya kerana keistimewaannya atau kerana persahabatan mereka dengan bintang mereka atau kerana kemasyhurannya.

3. Bersumberkan nama-nama burung: Antara contohnya: Saqr, hammamah, syahin, 'iqab, haitam, ikrimah, nasr, yamamah, samamah, ushfur dll.

Faktor yang mendorong pemberian dengan nama tertentu

Sebahagian dari perkara penting yang mendorong orang-orang Arab memberi nama kepada anak-anak mereka dengan nama-nama tertentu adalah (tidak semuanya baik dan dibenarkan menurut syariat Islam):

1. Mengambil berkat dan kebaikan dengan nama Allah, agama, nabi-nabi, rasul-rasul, para sahabat, para ulama dan ahli taqwa.

2. Kerana sikap optimis.

3. Setiap invidu dalam satu keluarga menggunakan nama-nama yang berasas kepada satu nama terbitan, seperti salim, saliim dan muslim. Atau umar, imran dan umair. Atau hamid, muhamad, ahmad dan hamd. Dan seterusnya.

4. Untuk lari dari musuh. Kerana itu kita akan dapati orang-orang Arab memberi nama anak mereka dengan nama binatang, seperti namir, sabu', tsaur. Dan dengan nama tumbuh-tumbuhan yang pahit atau berduri atau yang buruk dipandang. Contoh: Hanzalah, alqamah, qarzhah (pokok yang berduri). Atau sifat-sifat pembunuhan dan peperangan seperti qatlah, harb, thahum dan kinanah.

Sebaliknya mereka memberi nama kepada hamba-hamba mereka dengan nama yang baik. Seperti badar, nur, jauhar, qamar, subh, anas, qulub, jinan dan thurub.

Dikatakan bahawa kenapa orang-orang Arab memberi nama kepada anak-anak mereka dengan nama binatang atau yang seumpamanya, sedangkan hamba-hamba mereka diberi nama dengan nama yang baik?

Ini kerana, mereka memberi nama anak-anak mereka untuk musuh mereka dan memberi nama hamba-hamba mereka untuk diri mereka sendiri.

5. Berdasarkan kepercayaan mereka untuk memelihara seseorang dari hasad, roh-roh jahat dan jin. Sebab itulah kadangkala mereka memilih nama-nama yang mempunyai nama yang buruk.

6. Mengambil sempena masa atau situasi ketika anak mereka dilahirkan, seperti khamis, jum'ah, ramadhan, aid, harb, syuruq dan fajr.

7. Mengambil sempena nama tokoh-tokoh di dalam bidang politik, perang, keilmuan, sastera, seni dan sebagainya. Tujuannya kerana kemasyhuran tokoh-tokoh berkenaan atau dijadikan sebagai contoh teladan.

8. Untuk mendekatkan diri kepada pemerintah atau sebagai menyatakan kekaguman mereka kepada pemerintah berkenaan melalui jalan memberi nama dengan namanya.

9. Sebagai pengganti adik-beradik atau kaum kerabat yang telah mati melalui pemberian nama dengan nama mereka.

10. Sebagai pengaduan kerana telah banyak anak perempuan dalam sebuah keluarga, seperti memberi nama anak perempuan keempat dengan nama kafa, kelima muntaha dan keenam khitam.

11. Terdapat banyak lagi faktor-faktor yang mendorong penamaan orang-orang Arab untuk anak-anak mereka. Adakalanya kerana mahu membayar nazar yang dilakukan oleh salah seorang dari ibubapa mereka atau kedua-duanya. Atau kerana menunaikan mimpi oleh salah seorang dari dua ibubapa. Atau kerana mahu menyatakan keadaan kelahiran. Atau kerana berharap agar harapan dua ibubapa tertunai terhadap anaknya.

Tidak syak lagi bahawa Islam ketika datang telah memperbaharui dengan mengubah asas-asas kehidupan orang-orang Arab. Ia telah memberi kesan yang amat besar dalam mendorong pemberian nama kepada anak-anak mereka. Antaranya ialah:
1. Menghilangkan nama-nama berhala, seperti Abdul Uzza, Abdul Laata dll.
2. Memperelok nama-nama mereka kerana ketundukan kepada Allah dan RasulNya.

No comments:

Post a Comment