Friday, November 13, 2009

Kenapa orang meminum soda dan sebab anda perlu berhenti





Kenapa kita suka meminum minuman soda ?

  1. Kerana ianya sedap
  2. Kerana ia berada dimana-mana
  3. Kerana mudah. Anda boleh beli dan terus minum. Tak perlu menunggu.
  4. Promosi dan pengiklanan - Pengiklanan yang berterusan oleh pihak syarikat
  5. Kerana tabiat - Sesetengah daripada kita menjadikannya sebagai tabiat
  6. Kerana haus - Tahukah anda ketika haus, air liur kita berkurangan. Air liur akan meneutralkan asid dan soda merupakan salah satu sumber yang mempunyai asid yang tinggi.
  7. Kerana ia agak murah
  8. Ketagihan kafein - kebanyakan minuman ringan mengandungi kafein. Begitu juga dengan soda.

Kenapa kita perlu berhenti meminum soda ?

  1. Tiada khasiat - Tiada khasiat nutrisi daripada soda. Ia hanya mengandungi air biasa dan gula.
  2. Meningkatkan obesiti dan kegemukan - meminum 330 ml minuman bergula sehari menaikkan 1lb berat sebulan.
  3. Menyebabkan diabetes - Bukan sahaja menyebabkan kegemukan, ia memberikan tekanan kepada sistem tubuh untuk memproses gula.
  4. Melemahkan tulang dan penyebab Osteoporosis.
  5. Merosakkan gigi.
  6. Merosakkan buah pinggang
  7. Menyebabkan darah tinggi
  8. Tahap asid yang tinggi
  9. Dehidrasi - Kandungan air dalam badan menjadi berkurangan. Apabila meminum soda sebenarnya anda menjadi lebih haus.
  10. Kandungan kafein yang tinggi.
  11. Toksin - Aspartame - Jika anda rasa diet soda baik untuk anda, sila fikir semula. Ia mengandungi pemanis tiruan. Campuran daripada asid aspartic, phenylalanine, dan methanol.
  12. Menyebabkan kerosakan sel - Saintis mendapati, perasa tiruan E211 atau dikenali sebagai sodium benzoate terkandung didalam minuman sebegini antaranya ialah Fanta dan Pepsi Max. Ia berupaya merosakkan sel DNA yang penting.

Carilah alternatif minuman yang lain seperti air mineral, Teh - mengandungi antioksida (mcm dalam iklan Maya Karin - tapi yang tu kopi) dan jus buah-buahan.


No comments:

Post a Comment