Petua 1
Bahan-bahannya:
Madu asli
Cara-caranya:
a.Campurkan madu asli tersebut dengan sedikit garam.
b.Minum ia dengan sedikit air sebelum naik kenderaan.
Insyaallah apabila berbuat demikian, anda tidak akan mengalami masalah muntah dalam perjalanan.
Petua 2
Bahan-bahan:
Ubi keledek mentah
Cara-caranya:
a.Basuh bersih ubi keledek itu dengan air panas.
b.Buang kulitnya.
c.Potong kecil-kecil.
d.Kunyahlah ia sepanjang perjalanan.
Petua 3
Bahan-bahan:
2 sudu madu
sedikit garam
Cara-cara:
a.Campurkan garam ke dalam madu tersebut.
b.Minum dan insyallah anda akan terhindar dari mengalami mabuk kenderaan.
Petua 4
Bahan-bahan:
Halia
Cara-caranya:
a.Potong halia kecil-kecil.
b.Apabila anda berasas mabuk kunyahlah halia tersebut perlahan-lahan bersama-sama hampasnya.
c.Ataupun anda boleh masukkan hirisan halia itu ke dalam termos air panas dan meminumnya.

No comments:
Post a Comment