Insulin digunakan untuk merawat pesakit kencing manis (diabetes). Sebelum ia ditemui, ramai penghidap berisiko menghadapi maut.
Pada mereka yang sihat, tubuh badan menghasilkan insulin sendiri melalui pankreas. Bahan itulah yang menyeimbangkan kandungan gula dalam darah.
Bagaimanapun apabila berlaku kerosakan pankreas, insulin gagal dihasilkan. Akibatnya kandungan gula dalam darah menjadi berlebihan dan terjadinya penyakit kencing manis.
Penyakit ini akan menyebabkan penghidapnya merasa dahaga yang keterlaluan, hilang berat badan secara drastik, pengsan dengan tiba-tiba yang berkemungkinan maut.
Seorang pakar perubatan berbangsa Kanada bernama Dr. Frederick Grant dan seorang penuntut Universiti Toronto telah memecahkan kebuntuan pesakit kencing manis apabila telah dapat menghasilkan insulin daripada seekor anjing.
Ia bermula pada Mei 1921 dan hanya berjaya pada Januari 1922. Insulin yang diperolehi daripada pankreas anjing itu disuntik kepada seorang penghidap kencing manis dan berjaya menyelamatkan pesakit tersebut.
Tidak berpuas hati dengan kejayaan pertamanya, beliau menyuntik pula pada pesakit kedua yang hampir maut dan hasilnya cukup membanggakan.
Pada hari ini, insulin dihasilkan daripada pelbagai jenis haiwan.

No comments:
Post a Comment