
(1) أَنَّ عَائِشَةَ أَخْبَرَتْهُ عَنْ بَيْعَةِ النِّسَاءِ قَالَتْ مَا مَسَّ رَسُولُ اللَّهِ (صلى الله عليه وسلم ) بِيَدِهِ امْرَأَةً قَطُّ إِلاَّ أَنْ يَأْخُذَ عَلَيْهَا فَإِذَا أَخَذَ عَلَيْهَا فَأَعْطَتْهُ قَالَ « اذْهَبِى فَقَدْ بَايَعْتُكِ ». صحيح مسلم
Bahawasanya 'aisyah mengkhabarkannya tentang bai'ah (perjanjian) wanita telah berkata: tidak pernah menyentuh Rasullullah saw dengan tangannya wanita asing (rasulullah hanya mengatakan aku telah membai'ah kamu) (HS Muslim)
(2) قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لأن يطعن في رأس أحدكم بمخيط من حديد خير له من أن يمس امرأة لا تحل له
Telah berkata Rasullullah saw: ditikam pada kepala salah seorang dari kamu dengan jarum dari besi lebih baik daripada ia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya (HSR Thabranie)
(3) لا والله ما مست يد رسول الله صلى الله عليه وسلم يد امرأة قط غير أنه بايعهن بالكلام
Tidak! Demi Allah, Rasullullah tidak pernah menyentuh tangan perempuan asing. baginda bai'ah (ambil perjanjian) hanya dengan perkataan (HS BUKHARI & MUSLIM)
(4) إني لا أصافح النساء
Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan wanita.(HR MALIK, NASAI, TIRMIZI)
(5) لَأَنْ يَزْحَمَ رَجُلًا خِنْزِيرٌ مُتَلَطِّخٌ بِطِينٍ خَيْرٌ له من أَنْ يَزْحَمَ مَنْكِبَيْهِ امْرَأَةٌ لَا تَحِلُّ له (رَوَاهُ الطَّبَرَانِيُّ )
Rasullullah saw bersabda: seorang lelaki bersentuhan dengan seekor babi yang berlumuran lumpur , lebih baik daripada ia bersenggolan bahu dengan wanita yang tidak halal baginya (HR Thabranie)
Kita tidak perlu dalil yang banyak jika kita benar-benar beriman. Satu dalil pun sudah cukup untuk kita melaksanakan perintah Allah taala jika kita beriman kepada Allah dan Rasulnya. Janganlah kerana adat, kerja, trend, merasa malu didepan orang jika dihulur tangan untuk disalami tidak kira samada kita lelaki atau perempuan, kita langgar peraturan yang telah Allah tetapkan melalui rasul-Nya dengan hadis-hadis baginda di atas ini.
Daripada hadis-hadis di atas, dapatlah diambil pelajaran dan pengajaran yaitu :
1) Keterangan-keterangan diatas jelas dan amat terang sekali (hadis pertama hingga empat) menunjukkan Rasullullah tidak pernah dan melarang dengan keras berjabat tangan antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram baginya, begitu juga sebaliknya. Manakala hadis kelima menggambarkan betapa buruknya keadaan lelaki dan wanita yang tidak menjaga adab dan sopan ketika bertembung ataupun sengaja memilih jalan yang dilalui kaum lawan mereka. Ini menunjukkan jika dalam pandang memandang perlu dijaga, apatah lagi berjabat, berpegangan tangan. Malah apatah lagi bercium, berpeluk, berdansa dan sebagainya yang lebih teruk lagi. Ini sama juga seperti Al-Quran melarang mengatakan AH kepada kedua ibu bapa, jika mengatakan AH pon dilarang, apatah lagi memaki, menendang, menghina dan sebagainya yang boleh menyakiti ibu bapa.
2) Nabi saw telah memberikan contoh untuk kita ikuti yakni baginda sendiri boleh buat didepan khalayak ramai ketika perjanjian aqabah dan ketika mengadakan perjanjian(bai'ah) lain dengan mengatakan baginda tidak bersalam dengan wanita, maka kita sebagai umatnya mestilah mengikut contoh tauladan baginda yang tegas itu. (selalunya jika ada perjanjian Nabi akan bersalam dengan lelaki sahaja)
3) Niatkan dalam hati kita benar-benar tak mahu dan tak rela untuk buat lagi jika kita pernah melakukan perkara itu. Tanamkan tekad dengan tegas untuk mengelak dan tak nak lagi melakukannya. Bertaubatlah dengan sebenar- benar taubat kepada Allah!
Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat.
4) Ayat Quran surah An-Nur memerintahkan orang beriman(lelaki dan perempuan) supaya menundukkan pandangan apabila terpandang. So, kalau dalam pandang memandang pon Allah suruh kita jaga, maka apatah lagi dalam soal pegang memegang walaupun saudara sepupu sendiri.
Memang, kerana kita dah terbiasa dengan keadaan yang sebegini atau keadaan masyarakat sekarang yang tidak lagi mengamalkan apa yang Nabi ajar, agak sukar untuk melaksanakannya tapi kita perlu ingat, adakah kita nak langgar perintah Allah yang mencipta kita, yang memiliki diri kita, yang mencipta kita dari sititis air mani yang hina, adakah kita ingin berbuat maksiat kepada Allah.
Ingat wahai wanita! Sesungguhnya kamu adalah sumber fitnah(ujian) dalam dunia ini dan kamu adalah perhiasan. Sebaik-baik hiasan adalah wanita yang solehah yakni yang melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan laranganNYa walau seberat zarah sekalipun.Kita pasti mati dan itu memang pasti! Jangan kita malu, jangan kita segan untuk melakukan apa yang Allah suruh. Bila dikatakan hiasan, maka seharusnya hiasan itu hanya untuk dinikmati antara suami isteri dan bukan untuk orang lain.
Ingatlah seorang pelacur yang hanya memberi minum air kapada seekor anjing yang kehausan. Hanya dengan asbab itu dia dapat masuk syurga. Maka kita jangan berlengah-lengah untuk melakukan kebaikan, mana tahu disebabkan keazaman kita untuk buat perkara yang berat ini(tapi perkara ini amat ringan bagi orang yang benar-benar beriman kapada Allah dan rasulnya) menyebabkan kita dapat ke syurga Allah janjikan untuk kita. Jangan kita tertipu bila kita dah buat amal ibadah banyak, kita dijamin masuk kesyurga. Kita dapat ke syurga hanya dengan kasih sayang Allah kepada hambanya. Bukan kerana amal ibadat seseorang.(cuba kita imbau cerita abid yang beribadat beratus-ratus tahun)
5) Perbuatan dosa yang paling besar inipun begitu samar bagi kebanyakan manusia karena kejahilan mereka dan rajinnya setan dalam meyesatkan manusia sebagaimana yang dikisahkan Allah tentang sumpah iblis,
“Karena Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus.” (Al-A'rof: 16).
Syaitan memang akan sentiasa cuba sedaya upaya menanamkan dalam hati kita menganggap : ”Alah! Takpelah, sekali ni je aku buat. Lepasni aku xbuat lagi ". Orang itu lupa, sekali dah buat,mungkin pada akan datang dia akan menggunakan alasan yang sama lagi.
Akhirnya, dia menggunakaan sangkaan baik kepada Allah untuk buat dosa sedangkan Nabi saw dengan tegas telah menunjukkan contoh tauladan baginda. Malah Nabi saw juga tak pernah mengatakan boleh berjabat tangan walaupun dengan alas kain atau seumpanyanya. Nabi saw melarang berjabat tangan (walaupun berlapik).
Tetapi,Sekurangnya kita sudah berusaha untuk mengelak. Kita berusahalah sedaya mungkin sekiranya orang menghulurkan tangan untuk bersalam dengan kita untuk mengelak dengan tegas dan kita mesti menanamkan dalam hati perkara itu dilarang dan dibenci Rasullullah saw. kita mesti benci juga dengan perkara itu.
Dan kita mesti ingat bahawa :
ISLAM TIDAK MEMAKSA ORANG UNTUK MENGANUTINYA, TETAPI APABILA KITA TELAH MENGAKU KITA INI ISLAM, MAKA KITA WAJIB MELAKUKAN SEGALA PERINTAH DAN LARANGANNYA.
DAN SESUNGGUHNYA ISLAM ITU ADALAH AGAMA YANG SEBENAR-BENARNYA.






No comments:
Post a Comment