
30. Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih Suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat".
31. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. .(An-nur; 31)
Sebab turunnya ayat ini:
1* Ali bin Abi Talib berkata: ada seorang lelaki di masa rasullullah, berjalan di sebuah jalan di Madinah lalu dia melihat kepada seorang perempuan dan perempuan itu pun melihat kepadanya, kemudian keduanya dirayu syaitan sehingga masing-masing tidak melihat melainkan dengan rasa kagum. Pada waktu si lelaki sedang berjalan ditepi sebuah dinding, dia pun terpancang pandangannya kepada perempuan itu tiba-tiba terbentur mukanya hingga hidungnya pecah . kemudian dia berkata,"Demi Allah, aku tidak akan mencuci darah ini sampai aku datang kepada Nabi saw memberitahu ihwalku ini". Lalu dia datang kepadanya dan menceritakan apa yang dia alami kemudian Nabi saw bersabda, "itulah hukuman dosamu" kemudian Allah menurunkan firman-Nya; ((Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan(menundukkan) pandangannya….))
2* Ibnu katsir meriwayatkan dari Muqatil bin Hayyan dari Jabir bin Abdillah Al-Anshari, ia berkata: sampailah berita kepada kami(Allah yang Maha Tahu) bahawa Jabir bin Abdillah mengatakan bahawa Asma' binti Murtsid berada dalam kebun kurma Bani Haristsah kemudin peremouan-perempuan ada yang masuk ke dalam kebun itu tanpa memakai kain panjang sehingga nampak kaki-kaki mereka yakni pergelangan kaki serta terlihat dada-dada mereka. Maka Asma' berkata: Alanglah buruknya ini! Kemudian Allah menurunkan ayat : ((Hendaklah mereka menundukkan sebahagian pandangannya, dan memelihara kemaluannya….))
Rahsia didahulukan (perintah) menundukkan pandangan daripada memelihara kemaluan adalah kerana pandangan itu merupakan contact pertama yang kemudian menggerakkan hati menuju kepada zina. (Yakni menundukkan pandangan dari segala perkara yang diharamkan).Kerana bencana yang diakibatkan oleh pandangan itu sangat berat dan banyak sekali dan hampir tidak dapat ditanggungi kerana pandangan merupakan gerbang yang menggerakkan hati dan pancaindera lainnya.
Disini dihuraikan etika pandangan bila berada didalam rumah (lelaki yang berkunjung berada dirumah perempuan itu) mestilah tidak mengarahkan seluruh pandangan kepada wanita dan membatasi diri dalam perbualan serta tidak mengarahkan pandangan kepada wanita kecuali pandangan yang sukar dihindari. Hukum ini juga berlaku kepada wanita yang memandang lelaki.
Kita melihat ramai orang beralasan dengan hadis yang mengatakan pandangan pertama tidak mengapa (hadis ke-5 dibawah). Ya, memang benar. tetapi bukanlah bila terpandang, kita boleh teruskan memandang lama-lama denagn alasan itu pandangan pertama. Bukankah ayat diatas menyuruh kita menundukkan pandangan?
Tidak cukup dengan itu, kita lihat hadis riwayat Bukhari :
dari Ibn 'Abbas bahawa seorang pemuda bernama Al-Fadhl ibn 'Abbas (saudara Ibn 'Abbas sendiri) ketika melaksanakan haji wada' menunggang unta bersama bersama Nabi Muhammad saw., dan ketika itu ada seorang wanita cantik yang terus menerus ditatap oleh Al- Fadhl. Maka Nabi saw. memegang dagu Al-Fadhl dan mengalihkan wajahnya agar dia tidak melihat wanita itu terus menerus.
Maka dari hadis di atas dan di bawah, sesiapa yang sengaja menggunakan alasan pandang "lama takpe asalkan tak kelip" adalah BERDOSA kerana dia bermain-main dengan hukum dalam Al-Quran dan dia meremehkan hadis-hadis lain yang menyuruh menundukkan atau mengalihkan pandangan(sekadar mampu).
Terdapat juga dalil-dalil sunnah yang menguatkan lagi ayat Al-Quran di atas seperti dibawah :
(1) وعن جرير (رضي الله عنه) قَالَ : سألت رسول الله (صلى الله عليه وسلم)عن نَظَرِ الفَجْأَةِ فَقَالَ : (( اصْرِفْ بَصَرَكَ )). {رواه مسلم}
Dari jarir(r) telah berkata; aku pernah bertanya kepada Rasullullah(saw) tentang melihat wanita secara tidak sengaja. Maka rasullullah saw bersabda: "palingkanlah pandanganmu".(HSR Muslim)
(2) يا على لا تتبع النظرة النظرة فإن لك الأولى وليست لك الآخرة {سنن أبى داود}
Wahai 'ali, janganlah kamu ikuti satu pandangan (kepada wanita) dengan satu pandangan (kedua). Maka sesungguhnya untukmu yang pertama(tidak berdosa) dan tidak bagimu yang lain(pandangan seterusnya berdosa) (HR Abu Daud)
(3) وعن أُم سَلَمَة رَضِيَ اللهُ عنها ، قالت : كنتُ عِنْدَ رسول الله (صلى الله عليه وسلم) ، وعندهُ مَيْمُونَة ، فَأقْبَلَ ابنُ أُمِّ مَكْتُومٍ ، وَذَلِكَ بَعْدَ أنْ أُمِرْنَا بِالحِجَابِ فَقَالَ النبيُّ (صلى الله عليه وسلم) : (( احْتَجِبَا مِنْهُ )) فَقُلْنَا : يَا رسولَ اللهِ ، ألَيْسَ هُوَ أعْمَى ! لاَ يُبْصِرُنَا ، وَلاَ يَعْرِفُنَا ؟ فَقَالَ النَّبيُّ (صلى الله عليه وسلم) : ((أفَعَمْيَاوَانِ أنتُما أَلَسْتُمَا تُبْصِرَانِهِ!؟ )) . {رواه أَبُو داود والترمذي، وقال :حديث حسن صحيح }
Dari Ummu Salamah(r) telah berkata: "ketika saya bersama Maimunah disisi Rasullullah saw, tiba-tiba Ibnu Ummi Maktum (seorang buta) masuk, sedangkan kejadian iyu berlaku setelah ayat yang memerintahkan kami berhijab turun. Maka Nabi saw bersabda: berhijablah kamu daripadanya. Kami jawab: Ya Rasullullah, bukankah dia seorang buta tidak melihat kami dan tidak mengenal kami? Maka Rasullullah bersabda: Apakah kalian buta? Tidakkah kalian melihat dia? (HSR Abu Daud & Tirmizi)
(4) ما من مسلم ينظر إلى امرأة أول رمقة ثم يغض بصره إلا أحدث الله له عبادة يجد حلاوتها فى قلبه
)أحمد ، والحكيم ، والطبرانى ، والبيهقى فى شعب الإيمان عن أبى أمامة(
Tidaklah dari seorang muslim melihat kepada (keelokan) wanita pada pertama kali (tidak sengaja) kemudian ia tundukkan pandangannya kecuali Allah akan adakan baginya satu ibadat yang ia rasa manis di dalam hatinya.
(Hadis ini walaupun dinilai Dhaif oleh ahli hadis, dalam mazhab Syafie diperbolehkan beramal dengan hadis seperti ini kerana ia tidak bertentangan dengan Al-Quran dan hadis shahih lain. walaupun begitu, ia tidak boleh dijadikan hujah.)
Hadis pertama menyuruh lelaki memalingkan atau menundukkan pandangan jika terlihat wanita secara tidak sengaja dan bukannya mengatakan boleh memandang lama-lama asalkan pandangan pertama sebagaimana alasan yang orang sekarang berikan. Kerana alasan itu bertentangan dengan hadis ini.
Hadis ketiga pula menunjukkan bahawa menundukkan atau memalingkan pandanagan boleh berlaku pada satu pihak sahaja (apatah lagi jika kedua-dua pihak itu saling memandang, lagilah perlu pandangan dipalingkan). Dan hadis ini juga menegaskan larangan perempuan melihat lelaki lain yang membolehkan seseorang wanita bersyahwat sebagaimana dilarang lelaki melihat wanita dengan bersyahwat.
Hadis-hadis diatas juga tidak mengatakan kita mesti alihkan pandangan jika wanita itu membuka aurat, jadi dapatlah difahami bahawa hadis dan Quran melarang lelaki terus-menerus memandang wanita dan melarang wanita juga terus–menerus memandang lelaki yang bukan mahram walaupun masing-masing menutup aurat. Ini adalah untuk mengelakkan dari hasutan syaitan dari perkara yang tidak baik seperti merasa kagum dengan kecantikan atau kekacakan orang yang dipandang dan sebagainya. Kita juga perlu ingat bahawa kita tidak akan terlepas dari zina yang maksudnya di dalam hadis dibawah bermaksud pelanggaran. Kita perlu berusaha mengelak sekadar kemampuan dengan menundukkan pandangan agar hati tidak berkeinginan (berniat) untuk membuat zina itu.
Abu hurairah meriwayatkan, bahawa Nabi saw bersabda: ((pasti akan dicatat pada anak Adam bahagiannya dari zina, yang pasti terkena, tidak boleh tidak : (yakni) dua mata zinanya ialah melihat, dua telinga zinanya ialah mendengar, lidah zinanya ialah berkata, tangan zinanya ialah menyerang(memukul/menempeleng) dan kaki zinanya ialah berjalan, sedangkan hati adalah berkeinginan dan berharap dan dibuktikan dengan kemaluan atau didustakannya. (HR Bukhari & Muslim)
Terdapat juga hadis menghindari dari berkumpul-kumpul(istilah sekarang lepak2) di jalan umum dan tempat lalu lalang manusia. Jika berkumpul itu bertujuan baik dan terpaksa dilakukan dijalan umum, maka semua pihak harus memenuhi hak jalan; yaitu (1) jangan melihat wanita atau lelaki yang membangkitkan nafsu berahi , (2)harus menundukkan pandangan (menghindarkan pandangan jika terlihat) dan (3)menjawab salam sebagaimana dalam hadis Shahih Muslim yang bermaksud:
Dari Abu Tolhah r.a. namanya sendiri Zaid bin Sahl r.a. meriwayatkan, katanya: ketika kami sedang duduk-duduk diserambi depan rumah samping berbincang-bincang, tiba-tiba Rasullullah saw datang sambil menatap kami, seraya bersabda: tinggalkan duduk di pinggir jalan. Lalu kami jawab: kami duduk di sini bukan untuk sesuatu yang tidak berguna, tetapi kami duduk-duduk di sini adalah bermuzakarahdan berbincang-bincang. Lalu Baginda berkata: jika memang tidak dapat kamu tinggalkan, maka penuhilah haknya iaitu menundukkan pandangan, menjawab salam dan bicara yang baik-baik.
Dan ingatlah bahawa Allah akan membalas setiap amalan yang kita lakukan berupa pendengaran, penglihatan, memikirkan, perlakukan dan percakapan yang tidak elok (semua pancaindera kita termasuk hati) sebagaimana firman Allah:
Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya. (Al-Isra' : 36)
Allah juga maha mengetahui hati kita ketika memandang sesuatu yang tidak baik dan maha mengawasi setiap gerak geri di dalam(hati) mahupun diluar samada kita sembunyikan ataupun kita nyatakan sebagaimana dalam firmannya:
Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati. ) (Al-Mukmin: 19
(yang dimaksud dengan pandangan mata yang khianat adalah pandangan dilarang, seperti memandang kepada wanita yang bukan muhrimnya.)
Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mengawasi. (Al-fajr : 14)
Para 'Ulama tafsir mengatakan, penyebutan 'larangan berzina' dengan kalimat 'jangan mendekati zina' mengandungi pengertian yang amat jauh iaitu jangan melakukan apa-apa sahaja yang boleh menjurus kepada perzinaan (termasuk apa yang disebutkan di dalam hadis-hadis diatas). Wallahu a'lam.






No comments:
Post a Comment