Monday, September 7, 2009

TIPS ANAK CEPAT MEMBACA


TAG NAMA UNTUK PETI SEJUK?

Latihan membaca tidak terhad kepada buku-buku, kad imbas dan majalah semata-mata. Dengan kreativiti yang ada kita boleh menjadikan seluruh bahagian rumah menjadi medan latihan membaca untuk anak-anak.

Caranya cukup murah dan mudah... iaitu dengan meletakkan label-label pada pelbagai objek yang terdapat di rumah.

Contohnya letakkan label pada Almari Baju, Peti Sejuk, Pintu dan Sofa. Anda juga boleh letakkan label pada tempat-tempat penting seperti Bilik Air, Dapur, Ruang Makan dan Bilik Tidur.

Dengan adanya label (atau Tag Nama) pada objek-objek ini anak-anak anda akan dapat memadan dan mengaitkan "perkataan" pada label tersebut dangan "bjek" yang dilihat. Label-label ini juga memberikan peluang untuk anak anda berlatih mengeja walau di mana dia berada di dalam rumah.

Jangan lupa untuk rajin-rajin bertanyakan anak anda tentang label yang ada. Buat seolah-oleh satu permainan "Tunjuk dan Eja" (Show and Spell) agar anak anda seronok untuk belajar dan mengingati perkataan yang tertera.

Tips Membuat Label

Label yang dibuat seeloknya mempunyai ciri-ciri berikut:

* Ditulis dengan Huruf Kecil sepenuhnya
* Bersaiz agak besar agar mudah dilihat oleh kanak-kanak dari suatu jarak yang agak jauh
* Tulisan adalah berwarna-warni (warna berlainan untuk setiap huruf). Seeloknya gunakan warna yang terang
* Tulisan tidak dihiasi dengan sebarang gambar
* Di laminate dengan plastik agar tahan lama

AMARAN !!!

Jangan letakkan label pada objek atau peralatan yang berbahaya seperti Cerek Panas, Pisau dan Punca Elektrik. Atau objek mudah pecah / berharga seperti Pasu, Barangan Kristal dan Bingkai Gambar. Kanak-kanak selain dari membaca juga suka menyentuh dan memegang objek yang telah anda labelkan. Jadi gunakan budi bicara anda di mana dan objek apa yang ingin dilabelkan.












No comments:

Post a Comment