Friday, November 13, 2009

Cara sebatan dalam Islam





 
Hukuman keatas pesalah arak . Tiada khilaf dikalangan ulama' mengenai bentuk hukuman iaitu rotan atau sebatan yang wajib dijatuhkan ke atas mereka yang bersalah meminum arak , cuma yang di perselisihkan dikalangan ulama' ialah jumlah sebatan. Asy Syafie berpendapat jumlah sebatan ialah 40 kali. Pendapat ini berdasarkan kepada hadis nabi yang diriwayatkan oleh Muslim bahawa Saidina Ali karramallahuwajhah merotan Al Walid bin Uqbah sebanyak 40 kali sebatan kemudian beliau [ Ali rha ]berkata yang maksudnya,

" Rasulullah SAW telah merotan 40 kali rotan , Abu Bakar merotan 40 kali dan Umar merotan 80 kali,semuanya berdasarkan sunnah dan saya lebih menyukai ini [ 40 kalirotan ] Riwayat ImamMuslim Hukuman 40 kali terhadap peminum arak ini disetujui oleh Dawud az Zahiri dan Abu Thaur Sementara Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya, Imam Malik, al Laith , ahlil Bait dan satu pendapat lain dari Asy Syafie menetapkan bahawa hukuman ke atas peminum arak ialah 80 rotan. Mereka mengatakan hukuman 80 rotan adalah suatu yang telah diijma' oleh para sahabat rhm berdasarkan hadis Anas rha.

" Telah dibawa kepada Rasulullah SAW seorang peminum arak , maka rasulullah SAW memukulnya dengan selipar sebanyak lebih kurang 40 kali kemudian Abu Bakar dibawa kepada peminum arak, maka beliau berbuat seperti itu juga. Kemudian dibawa peminum arak kepada Umar, lalu beliau bermesyuarat mengenai hukuman had ini. Ibn Auf[Abdur Rahman ] berkata: sekurang - kurang hukum hudud ialah 80 kali pukulan, maka Umar memukul peminum arak tadi 80 kali pukulan .Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud dan Attarmizi

Alat untuk Merotan

 



Tidak sabit dalam dari Rasulullah SAW bahawa baginda menetapkan alat- alat tertentu untuk memukul peminum arak. Kadang - kadang baginda memukul dengan selipar, kadang - kadang dengan pelepah tamar, kadang -kadang dengan rotan dan pelepah tamar, kadang -kadang dengan tangan dan selipar seperti diriwayat berikut.

" Bahawa rasulullah SAW memukul dalam hukuman meminum Arak dengan pelepah tamar dan selipar dan Abu Bakar memukul 40 pukulan . Muttafaqun Alaih Abu Said berkata : Pada zaman rasulullah SAW , hukuman meminum arak dipukut 40 kali dengan dua selipar maka pada zaman Umar beliau menggunakan cemeti sebagai ganti tiap - tiap satu selipar. Riwayat Ahmad

Tindakan memukul kuat dengan menggunakan rotan yang besar dan mencederakan dengan satu kecederaan yang parah adalah suatu yang bercanggah dengan kaedah sebatan dalam Islam . Justeru itu ada perkara- perkara yang perlu dilihat semula. Pertama berkait dengan jumlah sebatan dan kedua ialah cara sebatan. Walaupun Islam meletakkan jumlah yang besar iaitu 40 hingga 80 , ia tidaklah membawa kecederaan sebagaimana hanya 6 sebatan mengikut undang- undang manusia dimahkamah sivil.

No comments:

Post a Comment