Friday, November 13, 2009

Kesan Suami Rahsiakan POLIGAMI



Seorang isteri tidak ada hak untuk menentang atau melarang suaminya
untuk berkahwin lagi sekiranya suami itu layak atau berkemampuan.
Mendapat kebenaran isteri untuk suami berkahwin lagi adalah peraturan
undang-undang dunia yang dicipta oleh manusia. Kalau mengikut syariat
tidak perlu meminta izin isteri untuk berkahwin lagi. Seperti mana Firman
Allah Taala dalam Surah An-Nisa ayat 4:

"Jika kamu takut bahawa kamu tak akan berlaku adil tentang anak-anak
yatim, maka kahwinilah olehmu perempuan-perempuan yang baik bagimu,
berdua, bertiga atau berempat. Tetapi jika kamu takut bahawa tidak akan
berlaku adil maka kahwinilah seorang sahaja. Yang demikian itu lebih dekat
kepada tidak ada penganiayaan."

Walaupun suami tidak perlu meminta izin daripada isteri namun untuk
menjaga keharmonian rumah tangga, suami perlulah berbincang terlebih
dahulu dengan isteri serta memberi alasan yang munasabah kenapa beliau
hendak berkahwin lagi. Sekiranya suami menyembunyikan perkahwinannya yang
kedua tanpa pengetahuan isteri yang pertama akan menimbulkan banyak
kesan dan akibat yang tidak baik.

Antaranya:
Pertama: Menimbulkan permusunan antara isteri pertama dengan madunya
sekiranya perkahwinan ini diketahui. Permusuhan ini akan berlanjutan
dan boleh membawa kepada pembunuhan seperti mana yang pernah kita
lihat dan kita dengar.

Kedua : Jiwa suami tidak tenang dan tidak tenteram sentiasa dalam kesusahan,
keluh kesah, bimbang kalau perkahwinan yang kedua ini diketahui oleh
isteri yang pertama.

ketiga : Suami sentiasa akan bohong dan menipu isterinya seperti mana
lagu P.Ramlee "mesti pandai pembohong" dalam filem Madu 3. Inilah
realiti yang akan berlaku dalam sesebuah rumahtangga.

Keempat: Apabila suami meninggal, isteri yang kedua dan anak-anaknya
berhak untuk mendapat harta pusaka. Sekiranya perkahwinan ini tidak
diketahui bagaimana harta suami hendak diberikan kepada warisnya? Ini
akan menimbulkan kemurkaan daripada Allah Taala dan suatu dosa yang besar
yang akan ditanya di hadapan Allah Subhanahu Wa Taala.

HAK-HAK ISTERI
Manakala hak isteri pertama dan hak isteri kedua adalah sama. Tidak
ada perbezaan. Sebab di antara syarat untuk berpoligami ialah mesti
berlaku adil. Secara ringkasnya disenaraikan beberapa tugas asasi suami
terhadap isteri pertama dan madunya.

a) Menyempurnakan nafkah zahir dan batin. Antara tanggungjawab suami
terhadap isteri-isterinya ialah memberi nafkah zahir dan batin kerana
ini adalah kewajipan semula jadi yang dipertanggungjawabkan ke atas suami.
Nafkah batin bukan hanya menunaikan hak nafsu syahwat isteri (hubungan kelamin),
kemesraan dan kasih sayang. Bahkan, ia termasuk mendidik isteri, membimbing
isteri dalam segala hal terutamanya hal-hal fardu 'ain dan perlaksanaan
hukum-hakam agama. Ini merupakan tanggungjawab yang wajib dipikul oleh suami.
Nafkah zahir pula termasuklah soal makan minum, pakaian, tempat tinggal
dan juga Iain-Iain keperluan asas seperti perbelanjaan perubatan, pengangkutan
dan sebagainya. Suami adalah bertanggungjawab menyediakan keperluan yang
diperlukan oleh isteri-isterinya sekadar yang termampu olehnya.

b) Mengawal rumah tangga daripada dicerobohi, iaitu suami wajib menjaga
kehormatan kedua-dua isterinya daripada pencerobohan.

c)Berusaha untuk mewujudkan suasana yang baik antara isteri yang perfama
dengan madunya dengan memberi layanan yang sama rata serta bijak bertindak apabila berlakunya suatu perkara yang tidak diingin.

d)Berlanggungjawab sepenuhnya ke atas suatu yang berlaku dalam rumahtangga seperti kemalangan dan Iain-Iain.

e)Menentukan arah hidup rumahtangga ke jalan yang diredhai oleh Allah Subhanahu Wa Taala.
   
f) Menegur dan menasihati isteri dan madunya dengan penuh bijaksana kerana Nabi
Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda:
"Sesungguhnya perempuan itu dijadikan dari tulang rusuk. Jika kamu ingin membetulnya nescaya kamu akan mematahnya. Dan jika kamu membiarkannya nescaya berterusan dalam bengkok."
(Riwayat Tirmizi)
  
Oleh itu apabila akad nikah telah dimeterai bermakna telah terpikullah di bahu suami tanggungjawab kepada semua isterinya. Suami tidak boleh menyalahgunakan kuasa sehingga berbuat sewenangnya Kerana isteri adalah amanah daripada Allah Subhnallahu Wa Taala dan akan ditanya diakhirat nanti. Justeru, jagalah amanah ini supaya mendapat keredaan daripada Tuhan pencipta alam ini. Ingatlah bahawa kita semua akan mati, tidak ada siapa pun kekal melainkan Allah, sentiasalah kepada semua suami dan kepada semua isteri bermuhasabahlah diri masing-masing. Kerana Nabi telah bersabda: "Orang yang bijak dan orang yang pandai ialah orang sentiasa bermuhasabah dirinya sendirinya serta beramal untuk hari akhirat.



No comments:

Post a Comment